Saturday, 26 July 2014
Selamat Hari Raya 2014! Maaf Zahir Dan Batin..
Tapi, pada 10 mlm terakhir inilah Allah SWT bagi kita gnjaran yang berlipat ganda kalinya jika kita ikhlas melakukan ibadat wajib dan sunah..jadi lakukan lah ibadat tersebut..
Hari Raya adalah waktunya kita bermaaf-maafan dan insaf akan perbuatan masa silam.. Bak kata bakal pengetua baru sekolah aku, BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL ;)
Doakanlah ahli keluarga di Gaza sana.. kasihanilah mereka..insan yang tidak berdosa dibunuh dan diseksa..adakah mereka dapat beraya seperti kita? Doakanlah roh mereka yang telah pergi agar ditempatkan di dalam kalangan yang diredhai Allah SWT.
Doakanlah para penumpang Islam pesawat MH17 agar ditempatkan bersama orang orang yg beriman..doakanlah agar MH370 kembali..
Doakanlah ahli keluarga kita yang telahpun meninggalkan kita, sama ada ibu, bapa, adik-beradik, datuk dan nenek, agar bahagia di sana..Doakanlah kesejahteraan ahli keluarga yang masih ada sebelum mereka meninggalkan kita..
Saya mengucapkan, Selamat Hari Raya buat ahli keluarga tercinta, rakan seperjuangan, rakyat Malaysia,kaum non-muslim, dan saudara Islam,... Maafkan saya dari segi kata dan tutur, zahir dan batin, maafkan saya jika terkasar bahasa, atau post-post yang terlalu menyentuh perasaan..berikanlah peluang kepadaku utk berubah..
Selamat Hari Raya !
Saturday, 19 July 2014
Tragedi MH17
Pagi tadi, kita dikejutkan dengan khabar MH17 yang berlepas dari Amsterdam UK telah terhempas kerana ditembak oleh sesebuah pihak yang tidak diketahui..pesawat yang sepatutnya mendarat di KLIA itu terhempas di hotspot panas iaitu di antara Ukraine dan Russia .. (BORDER)
Apa yang sebenarnya yang telah berlaku?
-terdapat satu video yang melibatkan perbualan antara pihak pengganas yang dipanggil kumpulan "Bes" yang menyatakan bahawa mereka telah melancarkan "Russian anti-aircraft missile".. mereka mengatakan mereka telah menembak sebuah pesawat Malaysia Airlines.. perbualan mereka melambangkan mereka sedang hairan seolah olah mereka sebenarnya ingin menyasarkannya ke pesawat lain.. ?!
-Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine.
-Pasukan Bes melaporkan kepada KOORDINATOR mereka, VASYL MYKOLAIOVYCH GERANIN [COLONEL OF THE MAIN INTELIGENCE DIRECTORATE (GRU)] GENERAL STAFF OF THE RUSSIAN ARMED FORCES bahawa mereka telah menjatuhkan sebuah pesawat awam berdekatan sebuah lombong di Petropavlovskaya..mereka menjumpa sejumlah Awal 200 orang mayat (lebih kurang 4:10 pm, 17.7.14)
-Kebetulan,sewaktu peluru berpandu tersebut dilepaskan, sebuah pesawat IL-96 yang dinaiki Vladimir Putin yang ingin kembali ke Russia turut berada pada titik persilangan yang sama (!)
Namun, tersasar peluru tersebut ke pesawat MH17 yang sepatutnya digunakan untuk meletupkan pesawat yang dinaiki Presiden Russia itu..
Jika dapat dibuktikan bahawa Ukraine bersalah, maka mereka akan diadili..
#PrayforMH17
Thursday, 17 July 2014
Persediaan PT3
Hello hai n Assalamualaikum :) Haish.. Tak lama lagi, aku nak masuk form 3 ... huhu T.T memandangkan PMR dah ditamatkan, digantikan pulak dengan PT3 (Peperiksaan Tingkatan 3)
Ok.. PT3 sayangnya.. tak ada soalan objektif.. berdasarkan apa yang cikgu aku ckplaa.. Kalau soalan tu subjektif, korang x boleh la main taram je xD sooo kita kena buat persediaan yang secukupnya !!! ><
Selain tu, utk subjek geo pulak ada kajian kes.. kajian kes tu mungkin kena buat rumusan la buat graf lah apa lah.. so, key to success in this situation is, buat exercises utk geo.. and ofc abaikan yang objektif tu sbab dah ditinggalkan >< .. tak silap sejarah lebih kurang ekk?? Aaa lagi satu, baca point penting dalam buku geo tuuu .. jangan setakat baca je, tpi kena memahami haha..
Sebab nilah PMR dikatakan lebih senang dri PT3 :/ ...
KEBAIKAN PT3
ok.. so korang mesti tertanya tanya apa kebaikan PT3 ekk?
OK..ni pendapat aku keh,
Bagi aku, pt3 ni dia suruh kita study bukan semata mata utk jawab periksa je, tapi study dan simpan ilmu tu untuk sepanjang hayat .. so KPM ni nak terapkan pelajar agar ilmu yang diperoleh janganlah hanya bagaikan melepaskan batok di tangga key ;)
GUNAKAN ILMU UNTUK MANFAAT DIRI,AGAMA,BANGSA, DAN NEGARA. :D
Sekian. Assalamualaikum! Jumpa lagi kehh ....