Hari ni hari Khamis, 25 September 2014.. baru balik dari kelas tusyen..banyak yang aku belajar hari ni..
Kelas BM.
Cikgu suruh keluarkan kertas soalan Karangan Jenis Ulasan..
Tajuk : KEPENTINGAN MENGEKALKAN BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA
Cikgu pon ceritalah pasal bangunan bersejarah..
Cikgu: Malaysia merupakan negara yang kedudukan Geografinya amat strategik.. Melaka merupakan bandar yang digelar Bandar Bersejarah kerana merupakan pusat perhentian utama pedagang asing.. banyak sejarah telah dicatat tentang penjajah Barat yang berebut mendapatkan Tanah Melayu..
Contoh, Org Portugis telah bina kubu A Famosa di Melaka..A Famosa dibina di atas bukit dan pemandangan terus ke laut jika guna teleskop.. Setiap bangunan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.. Seperti A Famosa, cikgu kata org Portugis tu mudah mengesan musuh untuk diserang..
Petronas Twin Towers pon ada sejarah dia... obvsly KLCC terdiri daripada dua menara yang sama ketinggiannya. TETAPI, setiap menara dibina oleh syarikat yang berlainan :0 kenapa ada jambatan dekat tengah tengah? Tujuan dia untuk mengurangkan ketidakstabilan kedua dua menara.. semua ni cadangan Dato' Dr. Mahathir (idola aku @_@)
"Selain tu, rumah pon merupakan sebuah bangunan.. bangunan yg bersejarah BAGI IBU DAN BAPA kamu" kata cikgu..
"Misalnya, katalah bilik mak ayah kamu tema dia warna ungu, dan bilik tu tak pernah berubah warna tema dia, mesti kamu tertanya tanya kan? Mengapa bilik tu ungu sahaja ? Kenapa ibu dan ayah tidak mahu tukar warna? Mestilah ada sebab.. mna kamu tahu, mungkin tema perkahwinan mereka warna ungu?"
"Haa, samalah juga dengan datuk kamu.. mungkin kamu perasan yang dia tak mau jual rumah dia.. mungkin mak ayah kamu kata kepada datuk kamu yg rumah dia kecil la usang la TETAPI rumah tu sebenarnya banyak KENANGAN yang dah diukir bersama ! Setiap bangunan mempunyai SEJARAH atau SENTIMEN dia tersendiri tak kira lah rumah tu kecik ke usang ke buruk ke.. banyak sejarah di sebalik sesebuah bangunan tu sebenarnya" ..
Dear mom and aunts, i hope u could deeply understand his feelings like he did when u were still children.. maybe there could be really sweet memories that he treasured deep in his heart with you guys and especially nenek..that he didnt even think of selling the house ..
Thats all for tonight..
Al fatihah for nenek..
No comments:
Post a Comment