Saturday, 16 May 2015

Aiming For The Best

Another four months guys, and still not prepared for shit. Plus, A is only when your marks are 85 and above. OFC I aim for those straight As. I want my PT3 results to be as satisfying and worth the hard work I invest just like what I did for my UPSR. I realised I haven't been blogging lately maybe cuz I'm busy Lol. Distractions are dangerous if you cant resist. They waste your time, WHICH you WILL REGRET by not preparing for what you aim for. I must keep my revisions constant, conducive, effective, and precise. And as for you guys, I do feel like sharing some tips for you.

For some subjects like History and Geography, it is easier if you make a mindmap or story about a certain topic and make it interesting so that its easy to remember.

Need a healthy alternative rather than coffee? An apple is just as powerful in keeping you awake and alive every morning.

If you don't quite remember a certain fact, try clenching your fists multiple times. It increases your brain activity. ;}

Also remember guys, your friends' and family members are the main people who support you towards your success. So it is important in having their faith and forgiveness upon you. Before going to school, always shake and kiss your parents' hands and tell you love them. :)  In school, always respect your teachers and friends, give your utmost attention to your teachers who are diligently implying important and useful knowledge.

That's all for now I guess.. I hope that all of you PT3 and SPM candidates achieve what you aim for and never waste your greatest opportunities. Never forget those who always support you throughout your journey to success. Until next time!

Thursday, 25 September 2014

Bangunan Yang Tersembunyi Sejarahnya

Hari ni hari Khamis, 25 September 2014.. baru balik dari kelas tusyen..banyak yang aku belajar hari ni..

Kelas BM.
Cikgu suruh keluarkan kertas soalan Karangan Jenis Ulasan..
Tajuk : KEPENTINGAN MENGEKALKAN BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA

Cikgu pon ceritalah pasal bangunan bersejarah..
Cikgu: Malaysia merupakan negara yang kedudukan Geografinya amat strategik.. Melaka merupakan bandar yang digelar Bandar Bersejarah kerana merupakan pusat perhentian utama pedagang asing.. banyak sejarah telah dicatat tentang penjajah Barat yang berebut mendapatkan Tanah Melayu..

Contoh, Org Portugis telah bina kubu A Famosa di Melaka..A Famosa dibina di atas bukit dan pemandangan terus ke laut jika guna teleskop.. Setiap bangunan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.. Seperti A Famosa, cikgu kata org Portugis tu mudah mengesan musuh untuk diserang..

Petronas Twin Towers pon ada sejarah dia... obvsly KLCC terdiri daripada dua menara yang sama ketinggiannya. TETAPI, setiap menara dibina oleh syarikat yang berlainan :0 kenapa ada jambatan dekat tengah tengah? Tujuan dia untuk mengurangkan ketidakstabilan kedua dua menara.. semua ni cadangan Dato' Dr. Mahathir (idola aku @_@)

"Selain tu, rumah pon merupakan sebuah bangunan.. bangunan yg bersejarah BAGI IBU DAN BAPA kamu" kata cikgu..

"Misalnya, katalah bilik mak ayah kamu tema dia warna ungu, dan bilik tu tak pernah berubah warna tema dia, mesti kamu tertanya tanya kan? Mengapa bilik tu ungu sahaja ? Kenapa ibu dan ayah tidak mahu tukar warna? Mestilah ada sebab.. mna kamu tahu, mungkin tema perkahwinan mereka warna ungu?"

"Haa, samalah juga dengan datuk kamu.. mungkin kamu perasan yang dia tak mau jual rumah dia.. mungkin mak ayah kamu kata kepada datuk kamu yg rumah dia kecil la usang la TETAPI rumah tu sebenarnya banyak KENANGAN yang dah diukir bersama ! Setiap bangunan mempunyai SEJARAH atau SENTIMEN dia tersendiri tak kira lah rumah tu kecik ke usang ke buruk ke.. banyak sejarah di sebalik sesebuah bangunan tu sebenarnya" ..

Dear mom and aunts, i hope u could deeply understand his feelings like he did when u were still children.. maybe there could be really sweet memories that he treasured deep in his heart with you guys and especially nenek..that he didnt even think of selling the house ..

Thats all for tonight..

Al fatihah for nenek..

Saturday, 23 August 2014

Raja Fatimah binti Raja Sulaiman, nenda penyayang..

I can no longer hear your voice...I can no longer drink the milo you made.. no more laughter from you...u would buy anything I want.. u were a great grandmother, never to be replaced..you were a mother to my mum,my aunts,.. you were obedient to your husband.. you were obedient to Allah's orders and u left Allah's dislikes...you were a kind,generous and most loving grandmother I could ever have.. Ya Allah, jaminkanlah nenekku syurga, letakkan lah dia di dalam kalangan orang orang yg beriman, ampunkanlah segala dosanya Ya Allah, lepaskanlah azab kubur darinya Ya Allah..janganlah Engkau menyeksanya Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yg maha Penguasa,Pemurah lagi maha Penyayang.. Ya Allah, sesungguhnya setiap yg hidup pasti akan mati. Sesungguhnya mati itu adalah benar, pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir itu adalah benar, sesungguhnya seksaan kubur itu adalah benar,sesungguhnya azab dan seksaan neraka itu benar....Jangan kita lupa, dua kalimah syahadah, ashhaduallailahaillallah, waashhaduannamuhammadarrasulullah.. aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. Astaghfirullahal'azim...

Wednesday, 6 August 2014

Bersyukur

Tanpa kita sedar, hari-hari kita makan makanan yang cukup. Kadang-Kadang terlebih. Sampai MEMBAZIR ._.

Ada kalanya, bila makanan tu tak sedap ke, tak cukup itu, tak cukup ini,asyik complain je memanjang  pastu nak yang lain. Makanan yang x nak tu dibuang..

Tak tahu ke? Apa yang rakyat Gaza terutamanya kanak-kanak di situ makan apa? Sedih bila aku dapat tahu..Ada satu video tu dia tunjuk dua adik-beradik tengah cari bread crumbs dlm bangunan yang runtuh perang dengan Israel jahanam tu...Ada yang lagi teruk!

Ada sorang budak palestine tu, dia bagitahu yang dia makan RUMPUT je weii! :( betapa susahnya hidup mereka...

Tapi diorang tetap tabah...apa je yang diorang jumpa untuk makan, mesti diorang bersyukur..tak macam kita, asyik complain je pasal makanan.. cerewet langsung! Tak ada pun rasa simpati kat budak budak Palestine tu...

Ingat, bila makan, jangan merungut, jangan membazir ! Dan yang paling penting... BERSYUKUR.

Sekian.. assalam..

Saturday, 26 July 2014

Selamat Hari Raya 2014! Maaf Zahir Dan Batin..

Assalamualaikum. Hari ni hari yang ke-29 kita dah puasa.. ok let me share ngan korang xD.. 10 malam terakhir malam lailatulqadr kan? korang perasan tak, pada awal awal bulan puasa kita rasa macam biasa je kan? xde la rasa penat ke, letih ke, dehydrated ke,.. ha.. tapi bila dah sampai 10 malam terakhir bulan puasa, terasa keletihannya..sbab segala zat dan nutrisi kita telah habis digunakan badan..tenaga dan zat sebelum ni kita kumpul sebab bukan bulan puasa.. haha..

Tapi, pada 10 mlm terakhir inilah Allah SWT bagi kita gnjaran yang berlipat ganda kalinya jika kita ikhlas melakukan ibadat wajib dan sunah..jadi lakukan lah ibadat tersebut..

Hari Raya adalah waktunya kita bermaaf-maafan dan insaf akan perbuatan masa silam.. Bak kata bakal pengetua baru sekolah aku, BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL ;)

Doakanlah ahli keluarga di Gaza sana.. kasihanilah mereka..insan yang tidak berdosa dibunuh dan diseksa..adakah mereka dapat beraya seperti kita? Doakanlah roh mereka yang telah pergi agar ditempatkan di dalam kalangan yang diredhai Allah SWT.

Doakanlah para penumpang Islam pesawat MH17 agar ditempatkan bersama orang orang yg beriman..doakanlah agar MH370 kembali..

Doakanlah ahli keluarga kita yang telahpun meninggalkan kita, sama ada ibu, bapa, adik-beradik, datuk dan nenek, agar bahagia di sana..Doakanlah kesejahteraan ahli keluarga yang masih ada sebelum mereka meninggalkan kita..

Saya mengucapkan, Selamat Hari Raya buat ahli keluarga tercinta, rakan seperjuangan, rakyat Malaysia,kaum non-muslim, dan saudara Islam,... Maafkan saya dari segi kata dan tutur, zahir dan batin, maafkan saya jika terkasar bahasa, atau post-post yang terlalu menyentuh perasaan..berikanlah peluang kepadaku utk berubah..

Selamat Hari Raya !


Saturday, 19 July 2014

Tragedi MH17

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan khabar MH17 yang berlepas dari Amsterdam UK telah terhempas kerana ditembak oleh sesebuah pihak yang tidak diketahui..pesawat yang sepatutnya mendarat di KLIA itu terhempas di hotspot panas iaitu di antara Ukraine dan Russia .. (BORDER)

Apa yang sebenarnya yang telah berlaku?
-terdapat satu video yang melibatkan perbualan antara pihak pengganas yang dipanggil kumpulan "Bes" yang menyatakan bahawa mereka telah melancarkan "Russian anti-aircraft missile".. mereka mengatakan mereka telah menembak sebuah pesawat Malaysia Airlines.. perbualan mereka melambangkan mereka sedang hairan seolah olah mereka sebenarnya ingin menyasarkannya ke pesawat lain.. ?!

-Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine.

-Pasukan Bes melaporkan kepada KOORDINATOR mereka, VASYL MYKOLAIOVYCH GERANIN [COLONEL OF THE MAIN INTELIGENCE DIRECTORATE (GRU)] GENERAL STAFF OF THE RUSSIAN ARMED FORCES bahawa mereka telah menjatuhkan sebuah pesawat awam berdekatan sebuah lombong di Petropavlovskaya..mereka menjumpa sejumlah Awal 200 orang mayat  (lebih kurang 4:10 pm, 17.7.14)

-Kebetulan,sewaktu peluru berpandu tersebut dilepaskan, sebuah pesawat IL-96 yang dinaiki Vladimir Putin yang ingin kembali ke Russia turut berada pada titik persilangan yang sama (!)

Namun, tersasar peluru tersebut ke pesawat MH17 yang sepatutnya digunakan untuk meletupkan pesawat yang dinaiki Presiden Russia itu..

Jika dapat dibuktikan bahawa Ukraine bersalah, maka mereka akan diadili..

#PrayforMH17

Thursday, 17 July 2014

Persediaan PT3

Hello hai n Assalamualaikum :) Haish.. Tak lama lagi, aku nak masuk form 3 ... huhu T.T memandangkan PMR dah ditamatkan, digantikan pulak dengan PT3 (Peperiksaan Tingkatan 3)

Ok.. PT3 sayangnya.. tak ada soalan objektif.. berdasarkan apa yang cikgu aku ckplaa.. Kalau soalan tu subjektif, korang x boleh la main taram je xD sooo kita kena buat persediaan yang secukupnya !!!  ><

Selain tu, utk subjek geo pulak ada kajian kes.. kajian kes tu mungkin kena buat rumusan la buat graf lah apa lah.. so, key to success in this situation is, buat exercises utk geo.. and ofc abaikan yang objektif tu sbab dah ditinggalkan >< .. tak silap sejarah lebih kurang ekk?? Aaa lagi satu, baca point penting dalam buku geo tuuu .. jangan setakat baca je, tpi kena memahami haha..

Sebab nilah PMR dikatakan lebih senang dri PT3 :/ ...

KEBAIKAN PT3
ok.. so korang mesti tertanya tanya apa kebaikan PT3 ekk?

OK..ni pendapat aku keh,
Bagi aku, pt3 ni dia suruh kita study bukan semata mata utk jawab periksa je, tapi study dan simpan ilmu tu untuk sepanjang hayat .. so KPM ni nak terapkan pelajar agar ilmu yang diperoleh janganlah hanya bagaikan melepaskan batok di tangga key ;)

GUNAKAN ILMU UNTUK MANFAAT DIRI,AGAMA,BANGSA, DAN NEGARA.  :D

Sekian. Assalamualaikum! Jumpa lagi kehh ....

Thursday, 10 July 2014

Debat Koperasi Peringkat Sekolah

Well, nanti aku ada pertandingan debat koperasi.. Kawan aku bagitau, katanya siapa menang dia dapat jadi wakil sekolah. Dia convince aku join.. So bila aku balik rumah, I asked my mom. xD she said "Sometimes, you just have to GO ON WITH IT ;)" haha.. so with that single sentence, I agreed to participate ! so guys, if u have any tips to give some, please, i appreciate it so much :) thanks for reading ! :D *dah lama tak blogging :P

Thursday, 5 December 2013

Malique Punya Suka Hati La XD

haha..Adik bongsu aku Malique..baru je beberapa hari beli kipas bateri dua ringgit setengah yang selalu akan dibelinya bila bateri dah habis..Walaupun ada rasa geli hati, aq tetap pelik kenapa dia tukar baru lepas benda tu habia bateri sedangkan boleh aje beli bateri baru.

Lepas tu, aku tanya dia, "Kenapa Mal asyik beli kipas baru sedangkan Mal boleh je beli bateri baru?" aku tanya.

Dengan selamba dia jawab "Mal beli kipas baru tu sebab lagi murah daripada bateri yang mahal sampai berbelas ringgit tu!"  .. XD baru aq faham ! tak sedar langsung haha!

Tapi sejak dua menjak ni, baru aku nampak dia tukar bateri lepas kipas dia pengsan sebab asyik main benda tu je. haha ! Mungkin dia tahu kot memakan ruang dalam kotak mainan dia XD

Tuesday, 3 December 2013

6UPM, MY DREAM CLASS

                Untuk pengetahuan pembaca blog aku yang setia lah sangat heheh.. Aku belajar dan memulakan alam pelajaran di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Ya , kat situlah aku coret pengalaman yang paling bes yg tak mungkin aku dapat lupakan.

Pada tahun terakhir aq bersekolah di situ, aku adalah pelajar 6UPM iaitu kelas yang terpintar di sekolah tersebut..Aku ada ramai kawan yang pandai,stailo,budak hot segalanya lah..haha.. and guru-guru yang sangat ..kira BEST lah!^^  antara geng2 aku, Eiman,Salman,Firdaus,Zaki,Faizal,Aishah sbab kitorang semua satu group nasyid yg gempak giloss..  dekat sekolah dulu, banyak pengalaman kitorang..

Lepas setahun tak jumpa diorang, aku cadang nak buat reunion n aq harap kita dapat jumpa..so aku n Aishah plan segala-galanya lah haha..utk pengetahuan korang,reunion kita kat KFC Jusco Taman Equine..sbab itu je spot dan chance terbaik utk kitorang hang.

Dan Hari tu jugak lah reunion 6UPM kali ke 2 ..malangnya x ramai yg dtg! huhu..tpi nasib baik ada 9 orang yang sudi dtg.. appreciate sngat! Kita makan Crazy Crunch waktu tu..aq cdg order dua bucket satu utk laki n satu lagi utk perempuan.. aq ada seorang rakan sponsor bagi pihak prempuan ..thanks weii.. kalau tak memang xkan menjadi haha! lpas makan , straight kitorang solat zohor dulu .. masa keluar je dari surau, nmpak budak prempuan baru dtg nak solat! haha..ada sorang kawan aq tu tension sangat..XD apa lagi terus dia pergi arcade haha! berapa minit lepastu aq call budak prempuan tanya kat na.. takut diorang tak tahu sama ada kitorang dh balik ke haha..

So thats all.. aq ada selitkan sket gambar2 reunion hari tu! 6UPM , kalau korang tengah tengok ni, aq harap korang tak lupakan segala yang kita jadikan pengalaman keh! ALL THE BEST utk korang n maybe kita jumpa setiap tahun? Inshaallah..





BYE BYE !^^

Sunday, 1 December 2013

My novels

Well you know I like to read novels so im trying to finish some of my novels which i just bought.. Which are Asrama, Ada yang melihatmu and The Enchanted Wood.

Friday, 29 November 2013

My Bio





Well.. That's me up there ^^

OK ! This is a bit of my info.. okay ..

My name is Muhammad Muqriez Adam Shah and my father's name is Nazlan Shah. And my mother's name is Marziana Maaris. I have two little brothers named Miqael and Malique. We are enjoying and living our lives happily as a family. 

I study at SMK Seri Serdang and I am following KRK studying methods. This year (2013) I am still 13 years old.. Well, i'm gonna be 14 next year.. I must prepare for my TIMSS examination which involves people worldwide! 

Still, studying has its methods. I just wanna study fun, happily and live the life as a teenager who loves discoveries ! ^^